Tuesday, 4 December 2012

Merebut HIDAYAH Allah

Assalamualaikum wbt dan Hyehye


Todayyy, sye nak kongsi sedikit sebyk pasal tajuk kat atas nih. It's my name, hidayah. haha. Ntah pape sikit xD. Tataw nak tulis ape. Ingat nak kongsi perkara2 yg bermanfaat sikit. Setiap point kat bawah ni sye sertakan dgn ayat alquran. Hari ini mestilah menjadi lebih baik daripada semalam.
In syaa Allah =).


Bagaimana Merebut Hidayah Allah?

 

  • Berpegang teguh dengan agama
"Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)." [surah Ali `Imran 3:101]

  • Beriman dengan Allah swt dengan sebaik-baik iman
"Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar)." [surah al-Taghabun 64:11]
  • Beramal dengan Al-Quran dan sunnah
"Maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu neescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab." [surah Taha 20:123]
  • Berilmu
"Sebenarnya yang membawa bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu." [surah Fatir 35:28]
  • Tidak menjadi hamba hawa nafsu
"Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." [surah al-An'am 6:56]
  • Bermujahadah
"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesunggunya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang yang berusaha membaiki amalannya." [surah al-Ankabut 29:69]
  • Taat pada Allah dan Rasul-Nya
"Katakanlah lagi (kepada mereka):'Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petujuk." [surah an-Nur 24:54]
  • Bersabar fillah, billah dan a'alallah
"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami." [surah al-Sajadah 32:24]
  • Berdoa kepada Allah
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam." [surah al-An'am 6:125]
  • Memperbanyakkan amalan sunat
Ibn al-Qayyim berkata, "Hidayah akan menarik hidayah dan kesesatan akan kepada kesesatan. Maka amal yang baik itu membuahkan hidayah.." [Ibn Qayyim, Tanwir al-Mawalik, 1/338]

  • Mendengar ceramah, peringatan atau tazkirah
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran al-Quran), kalau-kalu peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna)." [surah al-'Ala 87:9]



Setakat itu sahaja buat kali ini. Jangan malas nak baca. Penat tulis tau tak. Haha. Sekadar perkongsian ilmu. Copied from SOLUSI :)

Kbyee
JazakAllahuKhairanKathira



No comments:

Post a Comment